Thursday, February 6, 2020

Biodata Profile Ustaz Da'i Azam Al-Kankari (UPDATE Mei Tahun 2022)

BIODATA USTAZ DA'I AZAM AL KANKARI...

Image result for Azam alkankari




Nama
:
Mohamad Azamudin Bin Zainal
Nama  Timangan
:
Azam Al-Kankari
Pekerjaan
:
Pendakwah / Guru Agama
Tarikh Lahir
:
14 OGOS 19.....
Asal
:
Bukit Kangkar, Tangkak, Johor
Kelulusan
:
SK Bukit Kangkar (1998-2003)
SMK Jalan Junid (2004-2006)
SMKA Maahad Muar (2007-2008)
Diploma Pendidikan Islam ,
Kolej Pengajian Islam Johor
 (MARSAH) (2013)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia Melaka (2022)
E-mel
:
alkankari28@gmail.com
No.Telefon
:
011 11120028
Laman Sosial
:
Youtube : Da’i  Azam Al-Kankari
Instagram : azamalkankari
Status
:
Berkahwin, Anak 2


Pengalaman Mengajar


:


Guru Agama :
 SJK (C) Sing Hwa
SJK (C) Yu Jern
SMK  Jalan Junid
Sek.Agama Tun Syed Nasir


Pengalaman di Media

:
-         Naib Johan  Rancangan Realiti Tv Islamik DA’I PENDAKWAH MILENIA TV3 musim pertama.
-         Pengacara Segmen “Fikrah Ramadan” Malaysia Hari Ini(MHI) TV3.
-         Pengacara Segmen “Sunnah Sana Sini” Alkuliyyah TV3.
-         Panel Jemputan  Panel Rancangan Sembang Sahur TV3.
-         Pengacara Rancangan “Salam Ustaz” TV9.
-         Pengacara Rancangan Da’i Pendakwah Milenia Musim ke-2 TV3.
    Panel jemputan Wanita Hari Ini TV3
-    Panel Tanyalah Ustaz TV3/TV9
Anugerah Khas
:
-         Anugerah Kecemerlangan  Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Johor  (2013)
-     Pemegang Tauliah Ceramah Agama Negeri Johor dan Wilayah Persekutuan.
-    Anugerah Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor Cemerlang Peringkat Daerah Tangkak. (2019) 
-    DUTA Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tangkak, Johor. (2020)
-    IKON Majlis Belia Daerah Tangkak, Johor. (2021)
Pengalaman Menjadi Pemimpin
:
-         Ketua Pengawas (SK Bukit Kangkar ,2003)
-         Ketua Asrama (SMK Jalan Junid, 2008)
-         Naqib Usrah (SMKA Maahad Muar, 2007-2008)
-         Ketua Exco Dakwah dan Kepimpinan (Kolej Pengajian Islam Johor  MARSAH,2011)
-         Naib Yang Di Pertua Majlis Pewakilan Mahasiswa (Kolej Pengajian Islam Johor)
-  Timbalan Pengerusi Persatuan Guru Agama Johor Daerah Tangkak (PERSAGA) (2018-2020)
-    Pengerusi Persatuan Guru Agama Johor (PERSAGA) Daerah Tangkak (2021-sekarang)



Penglibatan aktiviti kemasyarakatan
:
-         Ahli Sahabat Dakwah Pej. Kadi Daerah Tangkak, Johor
-         Ahli Persatuan Belia Bukit Kangkar, Tangkak,Johor
-         Ceramah  perbandingan agama di premis-premis kerajaan dan swasta.
-         Bersama Sahabat Dakwah menziarahi pesakit di Hospital
-         Bersama dalam lawatan  ke gereja, tokong, kuil untuk tujuan berdakwah.
-         Bersama Remaja dalam pelbagai program masyarakat
-         Berdialog dengan orang belum islam tentang perbandingan agama.
-         Ceramah agama di premis kerajaan,swasta, masjid-masjid dan surau .
    Kuliah Takmir di masjid dan surau.
-         Ceramah Motivasi di sekolah-sekolah menengah dan rendah.
-         Pengacara dan deejay dalam  pelbagai majlis Rasmi dan Tidak Rasmi.
-         Ceramah berkaitan gejala sosial remaja di sekolah-sekolah akhlak dan premis kerajaan mahupun swasta.
-         Terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan dakwah di semua peringkat.
-         Moderator dalam  pelbagai bentuk forum.

Sunday, September 14, 2014

Kembali Menulis Blog..

 

Assalamualaikum.

Apa khabar,warga Blogger semua? Serius dah lama tak menjenguk blog ni. hahaha. Baru saya perasan, Last update saya pada Tahun 2010. Apakah??

Tempoh yang panjang, daripada tahun 2010 hingga 2014. Sudah Pasti macam-macam pengalaman sudah saya lalui. AlhamduliLlah. Antaranya :

  • Sudah tamatkan Diploma Pendidikan Islam di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
  • Dapat Naib Juara Da'i Pendakwah Milenia TV3 musim Pertama.
  • Masuk TV banyak kali.
  • Masuk Radio pun pernah laaa jugak.
  • Jumpa macam-macam jenis manusia. Antaranya, Artis, Ulama, Menteri, Penipu, Perompak dan macam-macam laaa.
  • Nak cerita memang tak habis.... So, Boleh laa ikuti perkembangan saya di laman sosial saya.
Ok, la.. Setakat ini dulu kot cerita yang saya nak kongsikan. Nanti bila rajin saya tulis lagi. Saje je nak lepas rindu menulis Blog ni.. Hahahaha...

-Da'i Azam AlKankari-

Biodata Saya yang Baru Di Update 19 DISEMBER 2023 !







BIODATA USTAZ DA'I AZAM AL KANKARI...






Nama
:
Mohamad Azamudin Bin Zainal
Nama  Timangan
:
Azam Al-Kankari
Pekerjaan
:
Pendakwah / Guru Agama
Tarikh Lahir
:
14 OGOS 
Asal
:
Bukit Kangkar, Tangkak, Johor
Kelulusan
:
- SK Bukit Kangkar 
- SMK Jalan Junid
- SMKA Maahad Muar 
- Diploma Pendidikan Islam ,
  Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) Melaka.
- Sedang Mengikuti Pengajian Sarjana (Master) Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Segamat, Johor.
E-mel
:
alkankari28@gmail.com
No.Telefon
:
011 11120028
Laman Sosial
:
Youtube : Azam Alkankari Channel
Instagram : azamalkankari
Status
:
Berkahwin, Anak 2


Pengalaman Mengajar


:


Guru Agama :
 SJK (C) Sing Hwa
SJK (C) Yu Jern
SMK  Jalan Junid
Sek.Agama Tun Syed Nasir
Sek. Agama Pantai Layang


Pengalaman di Media

:
-         Naib Johan  Rancangan Realiti Tv Islamik DA’I PENDAKWAH MILENIA TV3 musim pertama.
-         Pengacara Segmen “Fikrah Ramadan” Malaysia Hari Ini(MHI) TV3.
-         Pengacara Segmen “Sunnah Sana Sini” Alkuliyyah TV3.
-         Panel Jemputan  Panel Rancangan Sembang Sahur TV3.
-         Pengacara Rancangan “Salam Ustaz” TV9.
-         Pengacara Rancangan Da’i Pendakwah Milenia Musim ke-2 TV3.
-     Panel jemputan Wanita Hari Ini TV3
-    Panel Tanyalah Ustaz TV3/TV9
    Pengacara TV Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022
Anugerah Khas
:
-         Anugerah Kecemerlangan  Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Johor  (2013)
-     Pemegang Tauliah Ceramah Agama Negeri Johor dan Wilayah Persekutuan.
-    Anugerah Guru Inovasi Sekolah Agama Kerajaan Johor Cemerlang Peringkat Daerah Tangkak. (2019) 
-    DUTA Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tangkak, Johor. (2020-2023)
-    IKON Majlis Belia Daerah Tangkak, Johor. (2021)
-    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (2022)
-    Anugerah Maal Hijrah Kategori Belia Peringkat Daerah Tangkak (2023)
 
Pengalaman Menjadi Pemimpin
:
-         Ketua Pengawas (SK Bukit Kangkar ,2003)
-         Ketua Asrama (SMK Jalan Junid, 2008)
-         Naqib Usrah (SMKA Maahad Muar, 2007-2008)
-         Ketua Exco Dakwah dan Kepimpinan (Kolej Pengajian Islam Johor  MARSAH,2011)
-         Naib Yang Di Pertua Majlis Pewakilan Mahasiswa (Kolej Pengajian Islam Johor)
-  Timbalan Pengerusi Persatuan Guru Agama Johor Daerah Tangkak (PERSAGA) (2018-2020)
-    Pengerusi Persatuan Guru Agama Johor (PERSAGA) Daerah Tangkak (2021-sekarang)



Penglibatan aktiviti kemasyarakatan
:
-         Ahli Sahabat Dakwah Pej. Kadi Daerah Tangkak, Johor
-         Ahli Persatuan Belia Bukit Kangkar, Tangkak,Johor
-         Ceramah  perbandingan agama di premis-premis kerajaan dan swasta.
-         Bersama Sahabat Dakwah menziarahi pesakit di Hospital
-         Bersama dalam lawatan  ke gereja, tokong, kuil untuk tujuan berdakwah.
-         Bersama Remaja dalam pelbagai program masyarakat
-         Berdialog dengan orang belum islam tentang perbandingan agama.
-         Ceramah agama di premis kerajaan,swasta, masjid-masjid dan surau .
-     Kuliah Takmir di masjid dan surau.
-         Ceramah Motivasi di sekolah-sekolah menengah dan rendah.
-         Pengacara dan deejay dalam  pelbagai majlis Rasmi dan Tidak Rasmi.
-         Ceramah berkaitan gejala sosial remaja di sekolah-sekolah akhlak dan premis kerajaan mahupun swasta.
-         Terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan dakwah di semua peringkat.
-         Moderator dalam  pelbagai bentuk forum.

Monday, September 27, 2010

Ucapan Hari Raya Eidilfitri 2010..

Selamat Hari Raya Eidilfitri 2010....

Moga Madrasah Ramadan Dapat Mendidik Kita Agar Terus Beramal.....

InsyaAllah.....

Jumpa Lagi.....

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan.....

Selamat bertemu kembali....Dah lama tak menulis dalam blog ni....Ramadhan bertemu kembali...Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lalu....


Selamat berada didalam Madrasah Ramadahan....

Ramadhan Kareemmm!!!!!

Tuesday, June 8, 2010

Bimbang Soalan Atau Jawapan?

“Ustaz, macam mana nak buat kalau kawan-kawan non Muslim itu nanti tanya kita soalan, kita tak boleh jawab? Ustaz ada tips?”, tanya seorang pelajar yang menjadi peserta program kendalian saya.
“Kamu risau tak dapat memberikan jawapan kepadanya, atau kamu risaukan diri kamu yang tidak mengetahui jawapan tentang agama kamu sendiri?’, saya menjawab dengan pertanyaan.
“Err… dua-dua kot”, katanya. “Mana yang harus diselesaikan dulu?”, saya menyambung pertanyaan.“Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberi sesuatu itu!”, jawabnya berfalsafah.
“Aha… macam pernah dengar aje ayat tu!”, saya ketawa.“Baca kat blog ustaz la!”, balas pelajar itu.Benar, kerunsingan yang diulang-ulang pelajar sepertinya setiap kali saya menyampaikan ceramah di dalam program pra-pelepasan tidak banyak berubah.
Setelah 15 tahun bergelumang dengan dunia siswazah, khususnya mereka yang akan ke luar negara, saya dapati persoalan-persoalan di benak mereka tidak banyak berbeza. Masih berputar pada isu yang sama.Salah satunya adalah kebimbangan diri terhadap kawan-kawan non Muslim yang bakal menjadi rakan sekuliah mereka nanti.

Bimbangkan soalan, bimbangkan pertanyaan.Ironinya, mereka datang dari sebuah negara majmuk seperti Malaysia, tetapi hanya khuatirkan persoalan dari rakan non Muslim, apabila meninggalkan Malaysia. Apakah tiada soal jawab yang sama di negara kita?POSITIF ATAU NEGATIF Kebimbangan seperti ini boleh jadi negatif dan boleh juga jadi positif.
Negatifnya, jika pelajar ini bimbang tidak dapat menjawab, hanya kerana dirinya sudah terbiasa mampu menjawab semua soalan. Justeru sudah biasa juga dianugerahkan A bersusun-susun semenjak UPSR hingga A-Levels.
Kesemua soalan yang sudah dijawab itu, adalah soalan untuk memuaskan kehendak peperiksaan. Tetapi timbul kebimbangan, kerana kini soalannya bukan untuk peperiksaan lagi.Soalan yang mencabar kepercayaan diri sendiri.
Positifnya pula ialah, kebimbangan itu boleh menjadi pendorong yang betul untuk para pelajar ini menambah kefahaman mereka tentang Islam yang mereka anuti selama ini.“Kalian tidak boleh pergi ke luar negara dengan membawa Islam warisan. Kalian mesti berIslam dengan Islam pilihan”, saya tidak jemu mengulang ayat ini kepada mereka.Islam pilihan adalah Islam kefahaman hasil pertanyaan dan jawapan. Anggapkan sahaja soalan-soalan yang bakal ditanya oleh rakan-rakan non Muslim itu nanti sebagai pertanyaan untuk menilai Islam diri kita sendiri. Realitinya, kita selalu tidak tahu apa yang kita tidak tahu!
JAWAB DENGAN SIKAP“Habis, kalau ada yang asak kita dengan soalan kenapa Islam ini agama yang mempromosikan keganasan, nak jawab macam mana ustaz?”, masih belum hilang resah pelajar ini.“If you want to deliver a message, be the message!”, jawab saya kepadanya.“Macam mana tu?”, tanyanya lagi.Menjawab dengan amalan dan sikap, lebih berkesan dari perdebatan dan cakap.Islam menjadikan Muslim ganas, itu tuduhan yang dilemparkan. Anda sebagai seorang Muslim, yang berpegang dengan Islam, buktikan sahaja dengan diri sendiri yang Muslim dan beragama Islam, adakah anda ganas?Syarat kaedah ini adalah, pelajar itu mestilah seorang Muslim yang komited dengan Islam.
Komitmen dirinya sebagai Muslim kepada Islam, solatnya, pergaulannya, pemakanannya, pakaiannya, pemikirannya, akademiknya, berserta dengan bahasa dan akhlaq dirinya, kesemua itu adalah penjelasan praktikal tentang Islam dan Muslim. Lalu pergaulan seorang Muslim yang komited dengan Islam, bersama rakan-rakan non Muslim, apakah ada apa-apa petanda keganasan pada dirinya?Jawab sahaja dengan perbuatan.Tentu sekali jika pelajar ini tidak mengamalkan Islam, kelakuan bagai terdesak sekali mahu menjadi Barat hingga keparat, dirinya tidak dapat membuktikan apa-apa tentang Islam dan Muslim. Bahkan dirinya menjadi fitnah kepada agama Islam.Kembali, orang yang tiada sesuatu, tidak dapat memberikan sesuatu itu.Perbualan kami menjadi semakin rancak. Memang pelajar Malaysia ini ada satu trend, mereka amat segan dan malu bertanya di dalam sesi pertanyaan.
Tetapi banyak pula soalannya selepas majlis selesai!PELUANG MENAMBAH ILMU Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara memang mudah menjadi peluang untuk seseorang itu menambah nilai pada keIslaman dirinya. Setelah selama ini hidup bagai ayam bertelur di padi, hidup dalam suasana di rantau orang menjadikan kita lebih menghargai Islam itu sendiri.Namun kesedaran untuk menambah ilmu ketika berada di luar negara mesti dipandu. Kepelbagaian aliran dan kemudahan akses kepada segalanya, sama ada bertindak menjadikan seorang perantau itu cerdas beragama, atau mungkin sahaja keliru hilang arah tuju.Inilah yang banyak saya tekankan di dalam modul Fiqh of Travellers yang saya kendalikan.
Biar pun pelajar lebih eager untuk tahu tentang praktis fiqh di bahagian kedua, sesungguhnya apa yang dibincangkan di dalam modul 1, itulah asas yang mesti dibekalkan untuk keperluan jangka panjang.TAHU HUJUNG PANGKAL ILMUKefahaman tentang agama perlu distrukturkan kembali. Saya menggunakan pendekatan konsep INPUT-PROSES-OUTPUT untuk menampakkan kembali kepada peserta ‘rupa’ agama mereka. Hal ini sangat penting kerana penambahan ilmu tentang Islam secara tidak tersusun akan menjadikan pelajar-pelajar ini haru biru.Bayangkan, tatkala kemudahan akses maklumat menjadikan mereka boleh campur tangan di dalam perbahasan tentang Syiah atau tidak Syiahnya ilmuan seperti Ibnu Ishaq dan Imam al-Thabari, pelajar ini terlupa melengkapkan diri mereka dengan kefahaman apakah kitab yang dianggap sebagai masdar (premier source) dan marja’ (secunder source).
Tatkala mencabar kesahihan saintifik al-Quran tentang isu bilangan hari yang banyak disebut di dalam al-Quran, pelajar ini tidak pernah pun belajar tentang prinsip-prinsip Tafsir, maksud-maksud kepada bilangan di dalam al-Quran dan yang seumpama dengannya.Memahami tentang input-proses-output dalam beragama, akan membantu pelajar ini melihat apakah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan INPUT, apakah ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan PROSES dan dengan itu, mereka akan faham dari mana suatu hukum, tafsiran ayat dan prinsip Islam itu muncul.MEMBETULKAN SOALAN“Macam mana kalau ada yang ajak berdebat tentang Jesus?”, tanya pelajar itu lagi.“Betulkan soalannya”, saya menjawab.
Dalam soal jawab, jangan kita terlalu cepat mahu memikirkan tentang jawapan. Ada sahaja kemungkinan seseorang itu bertanya dengan soalan yang salah, justeru sulit sekali untuk jawapan yang betul diberikan. Contoh pembetulan soalan, ada saya sentuh di dalam artikel I Love Both Jesus and Muhammad.Tatkala penyoal mahu meminta pendapat bagaimana kita mahu menolak kehebatan Jesus hasil perbandingan yang dilakukannya antara Jesus dan Muhammad, soalan harus diperbetulkan kembali kepada, “mengapa mahu dibandingkan? Apa yang kamu cari dan apa yang kamu mahu?”INSIDEN BERSAMA WARTAWANIa mengingatkan saya kepada dua peristiwa yang berlaku semasa saya bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Kedua-dua insiden ini membabitkan soal jawab wartawan kepada saya, selaku Imam kepada komuniti Muslim di Ireland Utara.Di dalam insiden pertama, saya didatangi oleh wartawan BBC Northern Ireland yang sedang membuat liputan demonstrasi pro Palestin yang dianjurkan bersama oleh Ireland Palestine Solidarity Campaign dan Belfast Islamic Centre.“Apa pandangan Imam tentang suicide bombing di Palestin?”, tanya beliau kepada saya.Saya tahu soalan ini adalah perangkap maut. Salah saya menjawabnya, saya akan berdepan dengan masalah yang BESAR.“Saya rasa anda salah orang”, saya menjawab.“Mengapa Imam berkata begitu?”, soal wartawan itu pula.“Masakan tidak, awak dan saya sama-sama tinggal di Belfast. Kita makan dan minum dengan cukup, hidup selesa, semua ada.
Tiba-tiba awak mahu saya bercakap tentang apa yang orang Palestin patut dan tak patut buat. Siapa saya untuk menjawabnya?Sepatutnya awak tanya hal ini kepada orang Palestin sendiri. Jika mereka bertindak ‘mengebom diri sendiri’, tanyalah mereka yang menderita itu apa yang menyebabkan segelintir mereka begitu nekad. Saya tiada maruah untuk menjawab soalan anda”, saya menyudahkan jawapan.Wartawan itu terdiam sekejap.Perbualan kami terhenti.Dan hasil temuramah tidak tersiar pun di mana-mana media milik BBC.Di dalam satu insiden yang lain, saya didatangi oleh wartawan dari sebuah agensi berita tempatan Ireland Utara. Beliau mendesak untuk menemuramah saya, dan saya tahu tindakan mengelak akan hanya mengundang padah. Ia akan dilaporkan dengan bahasa yang penuh spekulasi. Maka mahu tidak mahu saya terpaksa menerima kunjungan wartawan itu ke masjid.“Adakah Imam menyokong Syariah?”, tanyanya kepada saya.Saya Muslim, saya berkelulusan Bachelor of Arts in Syariah, masakan mungkin saya menolak Syariah. Tetapi jika saya kata saya sokong Syariah, mahu sahaja wartawan itu mendakwa dalam laporannya bahawa saya menyokong tindakan memotong tangan pencuri, membaling batu kepada penzina dan hal-hal seperti ini.“Apa yang awak faham tentang Syariah?”, saya membalikkan soalan beliau kepada dirinya sendiri.“Syariah itu adalah menghukum penzina dengan rotan dan rejam batu, serta peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya”, jawab wartawan itu.Tepat sekali jangkaan saya! Bahawa itulah yang difahaminya sebagai Syariah, dan saya diminta menjawab adakah saya menyokong definisi Syariah beliau itu atau tidak.“Pada saya itu bukan definisi yang betul tentang Syariah. Syariah bagi saya ialah peraturan yang diturunkan oleh Allah sebagai jaminan keselamatan ke atas agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Apakah masalahnya menyokong peraturan sebaik ini?”, saya membalas pertanyaannya itu.
Wartawan itu terus memberhentikan sesi temuramah dan tiada laporan yang disiarkan.Entahlah benar atau tidak jawapan saya dalam kedua-dua insiden ini, tetapi begitulah yang terjadi. Dan ini jugalah pengalaman yang saya kongsikan bersama para pelajar agar mereka tidak bersikap reaktif, tidak ‘menari’ mengikut rentak soalan sebaliknya memilih response yang sesuai.
Mungkin teknik Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaludin ketika melayan soalan wartawan di dalam video ini menjelaskan maksud saya.“Then, you have got no right to ask!“, adalah jawapan terbaik untuk wartawan yang bermain soalan.
Syabas Dato’ seri!!

"petikan ini di ambil dari blog www.saifulislam.com"