Monday, September 27, 2010

Ucapan Hari Raya Eidilfitri 2010..

Selamat Hari Raya Eidilfitri 2010....

Moga Madrasah Ramadan Dapat Mendidik Kita Agar Terus Beramal.....

InsyaAllah.....

Jumpa Lagi.....

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan.....

Selamat bertemu kembali....Dah lama tak menulis dalam blog ni....Ramadhan bertemu kembali...Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lalu....


Selamat berada didalam Madrasah Ramadahan....

Ramadhan Kareemmm!!!!!

Tuesday, June 8, 2010

Bimbang Soalan Atau Jawapan?

“Ustaz, macam mana nak buat kalau kawan-kawan non Muslim itu nanti tanya kita soalan, kita tak boleh jawab? Ustaz ada tips?”, tanya seorang pelajar yang menjadi peserta program kendalian saya.
“Kamu risau tak dapat memberikan jawapan kepadanya, atau kamu risaukan diri kamu yang tidak mengetahui jawapan tentang agama kamu sendiri?’, saya menjawab dengan pertanyaan.
“Err… dua-dua kot”, katanya. “Mana yang harus diselesaikan dulu?”, saya menyambung pertanyaan.“Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberi sesuatu itu!”, jawabnya berfalsafah.
“Aha… macam pernah dengar aje ayat tu!”, saya ketawa.“Baca kat blog ustaz la!”, balas pelajar itu.Benar, kerunsingan yang diulang-ulang pelajar sepertinya setiap kali saya menyampaikan ceramah di dalam program pra-pelepasan tidak banyak berubah.
Setelah 15 tahun bergelumang dengan dunia siswazah, khususnya mereka yang akan ke luar negara, saya dapati persoalan-persoalan di benak mereka tidak banyak berbeza. Masih berputar pada isu yang sama.Salah satunya adalah kebimbangan diri terhadap kawan-kawan non Muslim yang bakal menjadi rakan sekuliah mereka nanti.

Bimbangkan soalan, bimbangkan pertanyaan.Ironinya, mereka datang dari sebuah negara majmuk seperti Malaysia, tetapi hanya khuatirkan persoalan dari rakan non Muslim, apabila meninggalkan Malaysia. Apakah tiada soal jawab yang sama di negara kita?POSITIF ATAU NEGATIF Kebimbangan seperti ini boleh jadi negatif dan boleh juga jadi positif.
Negatifnya, jika pelajar ini bimbang tidak dapat menjawab, hanya kerana dirinya sudah terbiasa mampu menjawab semua soalan. Justeru sudah biasa juga dianugerahkan A bersusun-susun semenjak UPSR hingga A-Levels.
Kesemua soalan yang sudah dijawab itu, adalah soalan untuk memuaskan kehendak peperiksaan. Tetapi timbul kebimbangan, kerana kini soalannya bukan untuk peperiksaan lagi.Soalan yang mencabar kepercayaan diri sendiri.
Positifnya pula ialah, kebimbangan itu boleh menjadi pendorong yang betul untuk para pelajar ini menambah kefahaman mereka tentang Islam yang mereka anuti selama ini.“Kalian tidak boleh pergi ke luar negara dengan membawa Islam warisan. Kalian mesti berIslam dengan Islam pilihan”, saya tidak jemu mengulang ayat ini kepada mereka.Islam pilihan adalah Islam kefahaman hasil pertanyaan dan jawapan. Anggapkan sahaja soalan-soalan yang bakal ditanya oleh rakan-rakan non Muslim itu nanti sebagai pertanyaan untuk menilai Islam diri kita sendiri. Realitinya, kita selalu tidak tahu apa yang kita tidak tahu!
JAWAB DENGAN SIKAP“Habis, kalau ada yang asak kita dengan soalan kenapa Islam ini agama yang mempromosikan keganasan, nak jawab macam mana ustaz?”, masih belum hilang resah pelajar ini.“If you want to deliver a message, be the message!”, jawab saya kepadanya.“Macam mana tu?”, tanyanya lagi.Menjawab dengan amalan dan sikap, lebih berkesan dari perdebatan dan cakap.Islam menjadikan Muslim ganas, itu tuduhan yang dilemparkan. Anda sebagai seorang Muslim, yang berpegang dengan Islam, buktikan sahaja dengan diri sendiri yang Muslim dan beragama Islam, adakah anda ganas?Syarat kaedah ini adalah, pelajar itu mestilah seorang Muslim yang komited dengan Islam.
Komitmen dirinya sebagai Muslim kepada Islam, solatnya, pergaulannya, pemakanannya, pakaiannya, pemikirannya, akademiknya, berserta dengan bahasa dan akhlaq dirinya, kesemua itu adalah penjelasan praktikal tentang Islam dan Muslim. Lalu pergaulan seorang Muslim yang komited dengan Islam, bersama rakan-rakan non Muslim, apakah ada apa-apa petanda keganasan pada dirinya?Jawab sahaja dengan perbuatan.Tentu sekali jika pelajar ini tidak mengamalkan Islam, kelakuan bagai terdesak sekali mahu menjadi Barat hingga keparat, dirinya tidak dapat membuktikan apa-apa tentang Islam dan Muslim. Bahkan dirinya menjadi fitnah kepada agama Islam.Kembali, orang yang tiada sesuatu, tidak dapat memberikan sesuatu itu.Perbualan kami menjadi semakin rancak. Memang pelajar Malaysia ini ada satu trend, mereka amat segan dan malu bertanya di dalam sesi pertanyaan.
Tetapi banyak pula soalannya selepas majlis selesai!PELUANG MENAMBAH ILMU Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara memang mudah menjadi peluang untuk seseorang itu menambah nilai pada keIslaman dirinya. Setelah selama ini hidup bagai ayam bertelur di padi, hidup dalam suasana di rantau orang menjadikan kita lebih menghargai Islam itu sendiri.Namun kesedaran untuk menambah ilmu ketika berada di luar negara mesti dipandu. Kepelbagaian aliran dan kemudahan akses kepada segalanya, sama ada bertindak menjadikan seorang perantau itu cerdas beragama, atau mungkin sahaja keliru hilang arah tuju.Inilah yang banyak saya tekankan di dalam modul Fiqh of Travellers yang saya kendalikan.
Biar pun pelajar lebih eager untuk tahu tentang praktis fiqh di bahagian kedua, sesungguhnya apa yang dibincangkan di dalam modul 1, itulah asas yang mesti dibekalkan untuk keperluan jangka panjang.TAHU HUJUNG PANGKAL ILMUKefahaman tentang agama perlu distrukturkan kembali. Saya menggunakan pendekatan konsep INPUT-PROSES-OUTPUT untuk menampakkan kembali kepada peserta ‘rupa’ agama mereka. Hal ini sangat penting kerana penambahan ilmu tentang Islam secara tidak tersusun akan menjadikan pelajar-pelajar ini haru biru.Bayangkan, tatkala kemudahan akses maklumat menjadikan mereka boleh campur tangan di dalam perbahasan tentang Syiah atau tidak Syiahnya ilmuan seperti Ibnu Ishaq dan Imam al-Thabari, pelajar ini terlupa melengkapkan diri mereka dengan kefahaman apakah kitab yang dianggap sebagai masdar (premier source) dan marja’ (secunder source).
Tatkala mencabar kesahihan saintifik al-Quran tentang isu bilangan hari yang banyak disebut di dalam al-Quran, pelajar ini tidak pernah pun belajar tentang prinsip-prinsip Tafsir, maksud-maksud kepada bilangan di dalam al-Quran dan yang seumpama dengannya.Memahami tentang input-proses-output dalam beragama, akan membantu pelajar ini melihat apakah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan INPUT, apakah ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan PROSES dan dengan itu, mereka akan faham dari mana suatu hukum, tafsiran ayat dan prinsip Islam itu muncul.MEMBETULKAN SOALAN“Macam mana kalau ada yang ajak berdebat tentang Jesus?”, tanya pelajar itu lagi.“Betulkan soalannya”, saya menjawab.
Dalam soal jawab, jangan kita terlalu cepat mahu memikirkan tentang jawapan. Ada sahaja kemungkinan seseorang itu bertanya dengan soalan yang salah, justeru sulit sekali untuk jawapan yang betul diberikan. Contoh pembetulan soalan, ada saya sentuh di dalam artikel I Love Both Jesus and Muhammad.Tatkala penyoal mahu meminta pendapat bagaimana kita mahu menolak kehebatan Jesus hasil perbandingan yang dilakukannya antara Jesus dan Muhammad, soalan harus diperbetulkan kembali kepada, “mengapa mahu dibandingkan? Apa yang kamu cari dan apa yang kamu mahu?”INSIDEN BERSAMA WARTAWANIa mengingatkan saya kepada dua peristiwa yang berlaku semasa saya bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Kedua-dua insiden ini membabitkan soal jawab wartawan kepada saya, selaku Imam kepada komuniti Muslim di Ireland Utara.Di dalam insiden pertama, saya didatangi oleh wartawan BBC Northern Ireland yang sedang membuat liputan demonstrasi pro Palestin yang dianjurkan bersama oleh Ireland Palestine Solidarity Campaign dan Belfast Islamic Centre.“Apa pandangan Imam tentang suicide bombing di Palestin?”, tanya beliau kepada saya.Saya tahu soalan ini adalah perangkap maut. Salah saya menjawabnya, saya akan berdepan dengan masalah yang BESAR.“Saya rasa anda salah orang”, saya menjawab.“Mengapa Imam berkata begitu?”, soal wartawan itu pula.“Masakan tidak, awak dan saya sama-sama tinggal di Belfast. Kita makan dan minum dengan cukup, hidup selesa, semua ada.
Tiba-tiba awak mahu saya bercakap tentang apa yang orang Palestin patut dan tak patut buat. Siapa saya untuk menjawabnya?Sepatutnya awak tanya hal ini kepada orang Palestin sendiri. Jika mereka bertindak ‘mengebom diri sendiri’, tanyalah mereka yang menderita itu apa yang menyebabkan segelintir mereka begitu nekad. Saya tiada maruah untuk menjawab soalan anda”, saya menyudahkan jawapan.Wartawan itu terdiam sekejap.Perbualan kami terhenti.Dan hasil temuramah tidak tersiar pun di mana-mana media milik BBC.Di dalam satu insiden yang lain, saya didatangi oleh wartawan dari sebuah agensi berita tempatan Ireland Utara. Beliau mendesak untuk menemuramah saya, dan saya tahu tindakan mengelak akan hanya mengundang padah. Ia akan dilaporkan dengan bahasa yang penuh spekulasi. Maka mahu tidak mahu saya terpaksa menerima kunjungan wartawan itu ke masjid.“Adakah Imam menyokong Syariah?”, tanyanya kepada saya.Saya Muslim, saya berkelulusan Bachelor of Arts in Syariah, masakan mungkin saya menolak Syariah. Tetapi jika saya kata saya sokong Syariah, mahu sahaja wartawan itu mendakwa dalam laporannya bahawa saya menyokong tindakan memotong tangan pencuri, membaling batu kepada penzina dan hal-hal seperti ini.“Apa yang awak faham tentang Syariah?”, saya membalikkan soalan beliau kepada dirinya sendiri.“Syariah itu adalah menghukum penzina dengan rotan dan rejam batu, serta peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya”, jawab wartawan itu.Tepat sekali jangkaan saya! Bahawa itulah yang difahaminya sebagai Syariah, dan saya diminta menjawab adakah saya menyokong definisi Syariah beliau itu atau tidak.“Pada saya itu bukan definisi yang betul tentang Syariah. Syariah bagi saya ialah peraturan yang diturunkan oleh Allah sebagai jaminan keselamatan ke atas agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Apakah masalahnya menyokong peraturan sebaik ini?”, saya membalas pertanyaannya itu.
Wartawan itu terus memberhentikan sesi temuramah dan tiada laporan yang disiarkan.Entahlah benar atau tidak jawapan saya dalam kedua-dua insiden ini, tetapi begitulah yang terjadi. Dan ini jugalah pengalaman yang saya kongsikan bersama para pelajar agar mereka tidak bersikap reaktif, tidak ‘menari’ mengikut rentak soalan sebaliknya memilih response yang sesuai.
Mungkin teknik Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaludin ketika melayan soalan wartawan di dalam video ini menjelaskan maksud saya.“Then, you have got no right to ask!“, adalah jawapan terbaik untuk wartawan yang bermain soalan.
Syabas Dato’ seri!!

"petikan ini di ambil dari blog www.saifulislam.com"

Tuesday, March 30, 2010

Jaulah ke PWTC...




Alhamdulillah....Semoga semua pembaca dalam keadaan baik dan sihat-sihat selalu.Hari ni ana mungkin nak berkongsi sepanjang jaulah ana bersama Fadhil dan Azwan ke Pesta Buku Kuala Lumpur di PWTC.





Kisah bermula kami menaiki bas Mayang Sari dari Muar tepat jam 8.30 pagi,tapi ana sampai bas stand pukul 7.30 pagi.Sementara menunggu Fadhil dan Azwan ana pekena ROTI CANAI TELUR dengan TEH AIS....memang best...!!








Tepat jam 8.00 pagi Azwan dan Fadhil(A&F) pun sampai.So,tunggu apa lagi...Kami pun menaiki bas Mayang Sari 2 tingkat tu...Harga tambang bas dari Muar ke Kuala Lumpur RM 16..Boleh lar...












Perjalanan ana bersama A&F diteruskan hingga sampai ke Perhentian Pudu yang mengambil masa 2 jam perjalanan.Kami tiba lebih kurang pukul 10.50 pagi maka,kami pun terus kan perjalanan ke dengan menaiki LRT di stesen Plaza Rakyat.







Ana ingat kan dah sampai tapi rupa nya jauh lagi perjalanan ke PWTC ni...Dari Stesen Plaza Rakyat ke Stesen PWTC jauh jugak la..Jaulah kami diteruskan hingga la sampai di stesen PWTC.Apabila tiba sahaja,ana pun bertanya kepada A&F "Jauh lagi ke kita nak tiba di Pesta Buku tu..."

"Dah tiba da zam"Fadhil jawab pertanyaan ana..Akhirnya tiba juga...




Sebelum kami terus pergi ke pesta buku kami perkena lunch dulu di Food Court yang berdekatan dengan bangunan PWTC.Kami makan dulu sebab kami telah di beritahu oleh Ayahcu(Bukan Nama Sebenar) bahawa harga makanan di dalam PWTC tu bertaraf Hotel.Mahal dan yang sebenarnya kami tak mampu.hehehe.....





Tiba juga ana di PWTC ni...Selalunya tengok dalam TV jer...Sampai je,ana rasa excited giler...macam RUSA MASUK KAMPUNG..tapi ni bukan RUSA la...ni AZAM MASUK PWTC...





"pehhh bengang giler.."nak tahu apa sebab ana bengang??sebab nya adalah 'Ramai Giler Orang' tu yang menyebabkan bengang tu...

Maklum la,pergi hari Minggu mestilah ramai Orang.....semasa di sana ana dapat berjumpa dengan SENATOR TAN SRI DR JINS SAMSUDIN....Pehhh,terus hilang penat ana...hehehe...Gempak tu....Ana dapat jumpa juga dengan seorang tokoh yang bernama DR HAFIDZI MD NOOR....Memang best giler lar....




Setelah penat berpusing-pusing di sekitar PWTC dan berjumpa dengan tokoh dan orang-orang hebat.Maka,ana bersama A&F mengambil keputusan untuk balik ke muar.Kami pun balik kemuar dengan menaiki Bas Transnasional dan terus sampai rumah pada pukul 10.00 malam....


Ana berasa amat bersyukur dan seronok kerana dapat sampai ke rumah dengan selamat.Alhamdulillah......Moga -moga ALLAH menilai Jaulah ini sebagai AMAL ana bersama A&F DI AKHIRAT kelak...insyaALLAH...SEMAKIN JAUH PERJALANAN KITA,SEMAKIN BERTAMBAH ILMU DAN AMAL KITA...SEMAKIN DEKAT LAH KITA KEPADA PENCIPTA KITA....SEKADAR MENGHARAPKAN MARDOTILLAH....


WA'ALLAHUALAM.....






















Sunday, February 28, 2010

ADA HIKMAHNYA....

kita pasti yaqin bahawa setiap yang kita lakukan pasti ada hikmah nya kan...??disini saya mahu bawa satu cerita yang bagi saya cerita amat bagus...tapi tak pastilah pada orang lain best ke tak.....

ceritanya bermula dengan ......

Pada masa dahulu ada seorang pengawal peribadi raja yang amat baik....kalimah yang sering keluar pada mulut adalah sama sahaja.....apa agaknya kalimah tu yer...???

kalimah tu ialah.."ADA HIKMAHNYA...."

Pada suatu hari,raja sedang mengupas epal.....tiba-tiba pisau yang digunakan oleh raja tu terhiris tangan raja tersebut....maka,darah pun keluar denagn banyaknya.....raja itu pun berkata kepada pengawal peribadi tadi...."tengok,jari beta luka ni...."

lepas tu,pengawal peribadi tadi pun hanya berkata kalimah yang selalu disebutkan nya...."ADA HIKMAHNYA,tuanku..."selepas pengawal tadi cakap ADA HIKMAHNYA....maka,raja tadi pun mentitahkan pengawal tadi untuk di penjarakan......"Apa tuan hamba rasa sekarang???"raja bertanya kepada pengawal itu...pengawal itu menjawab"ADA HIKMAHNYA"...raja amat marah....sedang raja tadi dalam keadaan sakit pengawal tu hanya boleh kata ADA HIKMAHNYA... sapa tak marah kan....??

kemudian,untuk dijadikan cerita....raja ini pun pergi memburu bersama pengawal-pengawal yang lain ke hutan....semasa didalam hutan,raja bersama pengawal tadi pun sesat......dalam keadaan sesat tu,raja tadi telah di tinggalkan oleh semua pengawal nya....maka,raja pun tinggal sorang-sorang jer....kesian raja ni kan............????

ketika raja keseorangan,raja tadi pun telah ditangkap oleh orang asli yang tinggal didalam hutan....raja itu di tangkap dan akan dipersembahkan oleh orang asli tadi kepada tuhan orang asli itu sebagai alat persembahan....raja tadi pun diikat dan akan di bakar untuk tujuan pemujaan....ketika raja tadi di ikat,dia telah diperiksa oleh tok batin(ketua orang asli) untuk memastikan alat pemujaan cukup sifat dan sempurna ...

tiba-tiba,tok batin tadi terkejut....dan terus menyuruh anak buah nya membuka ikatan dan lepaskan raja tersebut...semua terkejut,kenapa lepaskan raja tu...??tok batin berkata "tak kan kita nak persembahan orang ni kepada tuhan kita dalam keadaan yang cacat...tengok jari diri ada luka,tak elok kalo kita ambil dia...."

Nak dijadikan cerita....raja pun pulang ke istana dan melepaskan pengawal peribadi yang dipenjara kan nya kelmarin...dan terus berkata "betul kata tuan hamba,luka di jari beta ini ADA HIKMAHNYA...."

maka,pengawal tu berkata "PATIK BERADA DI PENJARA INI PUN ADA HIKMAHNYA..KALO TAK PATIK YANG JADI ALAT PERSEMBAHAN ORANG ASLI TUR......"


Daripada cerita ini,ingatlah.....
APA SAHAJA YANG KITA LAKUKAN PASTI ADA HIKMAHNYA....i-ALLAH....yaqin lah.....

WALLAHU'ALAM....

Thursday, February 11, 2010

SANGKA BAIK DENGAN ALLAH.

Hadis Rasulullah : "tiada seseorang muslim yang menderita kekalahan,kesulitan,dukacita,kesukaran atau kesusahan,bahkan gangguan berupa duri,melainkan dengannya itu ALLAH menghapuskan dosanya" HR BUKHARI&MUSLIM.


Manusia dewasa ini selalu lupakan ALLAH.Jika kita sebagai hamba ALLAH,wajiblah mengabdikan diri dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang.....
kebanyakkan manusia selalu lupa kepada ALLAH kerana mereka ingat,mereka hidup selama-lamanya....jangan kita lupa,jika kita sentiasa mengingati ALLAH,hati akan menjadi tenang.

apabila manusia sakit,adakah manusia ingat kepada ALLAH...??mungkin ingat,mungkin lupa...
tapi,selalunya apabila manusia itu senang pasti lupakan kan ALLAH..
pabila manusia itu sihat juga pasti lupakan ALLAH..
Mungkin ada yang ingatkan ALLAH.
ketika senang mahupun susah.
ketika sehat mahupun sakit...
tapi,mungkin bilangan yang mengingati ALLAH,ketika senang mahupun sehat amat sedikit...
manusia yang mahukan jannah,pasti berada di bilangan yang sedikit itu...
moga2 kita berada di kalangan manusia yang mahukan jannah itu...


tapi,sayang sekali jika ketika senang dia lupakan ALLAH,
Tika susah lupakan ALLAH,
tika sehat lupakan ALLAH,
Tika sakit jua lupakan ALLAH......
KESIANNYA GOLONGAN INI....


Entahlah,kembali kepada hadith tadi......walaubagaimana susah mahupun rumit sekalipun yang ALLAH nak uji kita pasti ada sebab dan ALLAH TAALA itu MAHA PENGAMPUN...

Yaqinlah,betapa teruk manapun sakit kita...
BERSANGKA BAIK LAH KEPADA ALLAH....
kerana ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI hamba2 Nya....

BERSANGKA BAIKLAH KEPADA ALLAH SERTA INGATLAH ALLAH SENTIASA....
Moga2 kita di kalangan yang mahukan JANNAH....Amin...

Wednesday, February 3, 2010

sambungan empowerment kerohanian..

2) Ibadah yang soheh...

Ibadah yang soheh bermaksud ibadah yang betul..Ibadah yang betul berpaksikan firman Allah SWT (yang bermaksud) : " dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku...(Al-Zariyat : 56)


Ibadat hendaklah meliputi segenap perkara yang baik dan berkebajikan selagi mana terdapat niat yang ikhlas,benar dan jitu,semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH SWT.Kalimah yang kita selalu lafazkan dalam doa iftitah kita di dalam solat ialah : " Katakanlah : "sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku,hidupku da matiku,hanyalah untuk ALLAH SWT tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Al-An'am : 162).



Jesteru ibadah merangkumi 2 tonggak asas :

1) Amal ibadah yang bertepatan dengan syariat ALLAH...
2) Niat yang ikhlas ditujukan kepada ALLAH....




Berlandaskan 2 perkara ini,setiap individu muslim melaraskan setiap perbuatan yang dilakukan sebagai ibadat yang tulus kepada ALLAH.Ia menjadikan adat dalam kehidupan sebagai ibadat berdasarkan ganjaran di sisi ALLAH SWT.... waALLAHu'alam...

Tuesday, January 26, 2010

Empowerment Kerohanian..

1 ) Aqidah yang sejahtera..

Aqidah muslim yang sejahtera adalah berpaksikan firman ALLAH SWT ( yang bermaksud) :Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman,semuanya beriman kepada ALLAH,dan malaikat-malaikatNya,dan kitab-kitabnya,dan rasul-rasulnya.Mereka berkata:" kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain rasul-rasulnya ." mereka berkata lagi : kami dengar dan kami taat ( kami pohonkan ) keampunanmu wahai tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali." (AL-BAQARAH : 285)



Juga mempraktikkan jawapan rasulullah SAW kepada jibril ketika baginda ditanya : "Apakah iman??" Baginda menjawa : "Beriman kepada Allah, Malaikat, kitab-kitab, yang diturunkan ALLAH, rasul-rasulnya, hari akhirat, dan ketetapan ( takdir ALLAH ) yang baik dan yang buruk." ( Riwayat Muslim ).Pelaksanaan perkara ini ditonjolkan dalam kelakuan dan perbuatan serta pendirian mengesakan ALLAH dalam setiap keadaan.Sabda Rasulullah : "peliharalah ALLAH, nescaya Dia memelihara kamu.Apabila kamu meminta - minta lah drpd ALLAH.Ketahuilah perkara yang terlepas daripada kamu bukanlah ditetapkan utk menimpa kamu, dan perkara yang menimpa kamu bukanlah ditetapkan ia terlepas daripada kamu." (Riwayat Muslim ).

Monday, January 25, 2010

biar lar....

Bila kita nampak mungkar kita kata biar lar....
Bila kita disuruh buat baik kita kata biar lar....
Bila orang cakap dengan kita tentang kebesaran ALLAH kita kata kata biar lar....
Kita selalu kata biar lar aku macam ni....
Kita selalu ingat orang tak sayang kita,
Biar lar apa nak jadi,jadi lah....
Tapi harus di ingat,biar lar tu msti lar bertempat...
Jika kita asyik mem biar kan orang melakukan perkara mungkar....
Macam mana kita hendak berhadapan dengan ALLAH di Masyar nanti...
Bila lar kita dengan dunia kita,dia dengan dunia dia....
Jangan lupa kita semua ni kan bersaudara.....
Setiap apa yang dilakukan di muka bumi ALLAH ini akan di soal tau...!!
Maka,marilah kita melakukan perkara yang diredhai ALLAH....
Agar kita mendapat mardotillah....
Insya ALLAH.....
Lakukan lah dakwah,biar lar apa orang nak kata...
Biar lar hidup ini berbaloi dengan usaha-usaha kita untuk islam....
Aminnn...

biar lar,biar lar,biar lar.....

Friday, January 22, 2010

Penghujung Nyawa...

setiap yang benyawa pasti akan mati....ada yang mati di jalan raya,ada yang mati di atas katil....tapi kita harus lah ingat...bila-bila masa sahaja kita akan di ambil oleh ALLAH...kita harus lah mempunyai keazaman ataupun keinginan untuk syahid di medan jihad....maksud syahid di medan jihad bukan bermakna membuat serangan berani mati....banyak cara untuk kita melakukan jihad....Imam hassan al banna ada mewasiatkan kepada kita...bahawa kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada.......maka,kewajipan kita sebagai daie mestilah dilaksanakan dalam kehidupan agar menjadi sempurna dalam kehidupan...jika sebagai seorang daie,sudah biasa dengan kehidupan sbagai pendakwah.....Baginda Rasul juga ada mengingatkan kita bahawa orang yang mengungati mati adalah orang yang paling pandai...



Marilah kita menjadi orang yang paling pandai dengan sentiasa mengingati mati.....



Mati syahid adalah tujuan kita....InsyaAllah....

Monday, January 18, 2010

PERINGATAN : 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA


Wasiat pertama : Segeralah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan,walaubagaimana sekalipun keadaan saudara.


Wasiat kedua : Bacalah al-quran,buatlah kajian,dengarlah ilmu atau berzikirlah.Jangan habiskan masa saudara dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Wasiat ketiga : Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha,kerana ia merupakan syiar islam.


Wasiat keempat : Jangan saudara banyak berdebat dalam semua urusan,walau bagaimanapun keadaannya,kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.


Wasiat kelima : Jangan banyak ketawa, kerana orang yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu bersifat tenang.


Wasiat keenam : Saudara jangan banyak bergurau,kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.


Wasiat ketujuh : Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar,kerana yang demikian itu adalah perbuatan bodoh dan menyakitkan.


Wasiat kelapan : Saudara jangan mengumpat seseorang, janBoldgan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebaikan.


Wasiat kesembilan : Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian,kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan persaudaraan.


Wasiat kesepuluh : Kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada. Oleh itu bantulah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara sedang berurusan, singkatkanlah masa penyelesaikannya....

Monday, January 4, 2010

CINTA YANG HAKIKI...

Bagaimana cinta kita kepada ALLAH.....??
Adakah hanya sekadar di masjid...???
Adakah hanya sekadar solat..????
Adakah hanya sekadar melafazkan...????

Renungkan lah....
jadikan ALLAH cinta yg agong dan yg hakiki....i-ALLAH....!!!