Tuesday, January 26, 2010

Empowerment Kerohanian..

1 ) Aqidah yang sejahtera..

Aqidah muslim yang sejahtera adalah berpaksikan firman ALLAH SWT ( yang bermaksud) :Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman,semuanya beriman kepada ALLAH,dan malaikat-malaikatNya,dan kitab-kitabnya,dan rasul-rasulnya.Mereka berkata:" kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain rasul-rasulnya ." mereka berkata lagi : kami dengar dan kami taat ( kami pohonkan ) keampunanmu wahai tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali." (AL-BAQARAH : 285)



Juga mempraktikkan jawapan rasulullah SAW kepada jibril ketika baginda ditanya : "Apakah iman??" Baginda menjawa : "Beriman kepada Allah, Malaikat, kitab-kitab, yang diturunkan ALLAH, rasul-rasulnya, hari akhirat, dan ketetapan ( takdir ALLAH ) yang baik dan yang buruk." ( Riwayat Muslim ).Pelaksanaan perkara ini ditonjolkan dalam kelakuan dan perbuatan serta pendirian mengesakan ALLAH dalam setiap keadaan.Sabda Rasulullah : "peliharalah ALLAH, nescaya Dia memelihara kamu.Apabila kamu meminta - minta lah drpd ALLAH.Ketahuilah perkara yang terlepas daripada kamu bukanlah ditetapkan utk menimpa kamu, dan perkara yang menimpa kamu bukanlah ditetapkan ia terlepas daripada kamu." (Riwayat Muslim ).

Monday, January 25, 2010

biar lar....

Bila kita nampak mungkar kita kata biar lar....
Bila kita disuruh buat baik kita kata biar lar....
Bila orang cakap dengan kita tentang kebesaran ALLAH kita kata kata biar lar....
Kita selalu kata biar lar aku macam ni....
Kita selalu ingat orang tak sayang kita,
Biar lar apa nak jadi,jadi lah....
Tapi harus di ingat,biar lar tu msti lar bertempat...
Jika kita asyik mem biar kan orang melakukan perkara mungkar....
Macam mana kita hendak berhadapan dengan ALLAH di Masyar nanti...
Bila lar kita dengan dunia kita,dia dengan dunia dia....
Jangan lupa kita semua ni kan bersaudara.....
Setiap apa yang dilakukan di muka bumi ALLAH ini akan di soal tau...!!
Maka,marilah kita melakukan perkara yang diredhai ALLAH....
Agar kita mendapat mardotillah....
Insya ALLAH.....
Lakukan lah dakwah,biar lar apa orang nak kata...
Biar lar hidup ini berbaloi dengan usaha-usaha kita untuk islam....
Aminnn...

biar lar,biar lar,biar lar.....

Friday, January 22, 2010

Penghujung Nyawa...

setiap yang benyawa pasti akan mati....ada yang mati di jalan raya,ada yang mati di atas katil....tapi kita harus lah ingat...bila-bila masa sahaja kita akan di ambil oleh ALLAH...kita harus lah mempunyai keazaman ataupun keinginan untuk syahid di medan jihad....maksud syahid di medan jihad bukan bermakna membuat serangan berani mati....banyak cara untuk kita melakukan jihad....Imam hassan al banna ada mewasiatkan kepada kita...bahawa kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada.......maka,kewajipan kita sebagai daie mestilah dilaksanakan dalam kehidupan agar menjadi sempurna dalam kehidupan...jika sebagai seorang daie,sudah biasa dengan kehidupan sbagai pendakwah.....Baginda Rasul juga ada mengingatkan kita bahawa orang yang mengungati mati adalah orang yang paling pandai...



Marilah kita menjadi orang yang paling pandai dengan sentiasa mengingati mati.....



Mati syahid adalah tujuan kita....InsyaAllah....

Monday, January 18, 2010

PERINGATAN : 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA


Wasiat pertama : Segeralah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan,walaubagaimana sekalipun keadaan saudara.


Wasiat kedua : Bacalah al-quran,buatlah kajian,dengarlah ilmu atau berzikirlah.Jangan habiskan masa saudara dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Wasiat ketiga : Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha,kerana ia merupakan syiar islam.


Wasiat keempat : Jangan saudara banyak berdebat dalam semua urusan,walau bagaimanapun keadaannya,kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.


Wasiat kelima : Jangan banyak ketawa, kerana orang yang sentiasa berhubung dengan ALLAH itu bersifat tenang.


Wasiat keenam : Saudara jangan banyak bergurau,kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.


Wasiat ketujuh : Jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang diperlukan oleh pendengar,kerana yang demikian itu adalah perbuatan bodoh dan menyakitkan.


Wasiat kelapan : Saudara jangan mengumpat seseorang, janBoldgan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebaikan.


Wasiat kesembilan : Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian,kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan persaudaraan.


Wasiat kesepuluh : Kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada. Oleh itu bantulah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara sedang berurusan, singkatkanlah masa penyelesaikannya....

Monday, January 4, 2010

CINTA YANG HAKIKI...

Bagaimana cinta kita kepada ALLAH.....??
Adakah hanya sekadar di masjid...???
Adakah hanya sekadar solat..????
Adakah hanya sekadar melafazkan...????

Renungkan lah....
jadikan ALLAH cinta yg agong dan yg hakiki....i-ALLAH....!!!

Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU

Sempena tahun baru ini,mari sama-sama kita melonjakkan semangat paradigma kita agar lebih baik dari tahun-tahun yang lalu....sebenarnya,kita sebagai muslim telah lebih awal menyambut tahun baru kita.Maksudnya,sebagai muslim kita tidak sepatutnya menyambut tahun baru seperti orang non muslim menyambut tahun baru...kita sepatutnya menyambut tahun baru dengan banyak menginsafi diri agar kita lebih baik dari tahun dulu...marilah kita muhasabah diri kita.....

mungkin tahun dulu banyak lagi perkara yang kita belum lakukan.ayuh kita selesaikan semua perkara yang belum diselesaikan agar amanah kita sebagai hamba dan khalifah kepada khalid terlaksana....insyaALLAH....AYUH,MUHASABAH DIRI KITA........ADAKAH KITA TELAH SELESAIKAN PERKARA YANG LEPAS??ADAAAKAH KITA TELAH SELESAIKAN AMANAH KITA???ADAKAH KITA DAPAT MENYEDARKAN UMMAT??ADAKAH KITA SUDAH MELAKUKAN PERKARA YANG DISURUH OLEH ALLAH DAN RASULNYA???maka,marilah kita mengubah dan muhasabah diri kita.......AYUH,SHIFT YOUR PARADIGM!!!!!!

Monday, December 28, 2009

ahlan wa sahlan..!!

salam perkenalan,
ana ibtisam,
sempena maal hijrah ini mari kita ubah diri kita menjadi orang yang baru dan membuat kerja dengan lebih gigih lagi...